19 July 2014

MH17

Assalamualaikum 

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Sekali lagi kita di uji,baru sahaja kita kehilangan flight MH370 malam tadi kita didatangi pula oleh kisah tragis MH17.salam takziah untuk semua keluarga mangsa.

Pagi tadi dalam perjalanan,sempat mendengar bual bicara pendek penyampai radio sinar,Krill bersama dengan Dato Dr Fadzillah Kamsah.Beliau setelah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa turut melahirkan rasa sedih,negara kita di uji dengan bermacam2 musibah,2 musibah yang agak serupa.ini merupakan ketentuan daripada Allah SWT,bukan kebetulan semata.Allah turunkan untuk kita semua,bukan hanya untuk keluarga mangsa...Kita kena yakin dengan Ketentuan Allah.Jika kita percaya ini sebagai kebetulan semata maka kita tidak jauh bezanya pada orang yang mensyirikkan Allah.

Beliau berkata lagi janganlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak.Berdoa dan percayalah setiap musibah yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya.Mari kita kembali kepada Allah SWT.lebih2 lagi katanya kita sekarang berada dalam 10 terakhir ramadhan.Allah menjanjikan yang lebih baik untuk kita,kita wajib yakin pada Pencipta Kita.

Moga keluarga mangsa tenang dak kita doakan semoga mereka tabah.Allah itu maha kaya.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Wallahualam.

Al Fatihah





Sekian 

Assalamualaikum






No comments :

Post a Comment

Followers

Popular Posts

Designed By Blogger Templates