14 July 2014

15 Ramadhan- Lagu Raya

Assalamualaikum

15 hari telah kita berpuasa.semoga kita beroleh limpahan rahmat & kasih sayang dari Allah SWT. bila memcecah ke angka 15 hari ramadhan nie teringat ketika masih anak-anak kecil dahulu,sungguh indah kenangan waktu itu.perasaan seronok itu mengatasi segala-galanya.sekiranya di bolehkan untuk kita berpatah semula kebelakang ini adalah antara jalur masa yang ingin aku tempuhi semula.sewaktu 15 ramadhan nie akan mulalah membalas semua kad raya yang telah diterima.sibuk pergi ke kedai tambi syarif,sinly beli kad raya.belinya yang simple-simple je,kartun ,janji banyak.colourful gitu.tulis cantik-cantik untuk bagi dengan kawan n cikgu.yng ada muzik beli untuk ayahbonda,emak saudara dan nenek.wa sungguh menarik kenangan itu.siap bertanding lagi dengan adik beradik siapa yang dapat kad paling banyak.hehehe macam2.sekarang satu kad pun tak dapat hampeh....eh dapat juga kad elektronik hehehe.

selain berbalas kad,hari yang ke 15 ramadhan ini juga aku suka berada dihadapan tv nak tau pasal apa, pasal aku tunggu lagu raya berkumandang,best sangat.sungguh indah zaman itu.hai la zaman andai boleh aku bertamu sekali lagi.aku juga suka mencatat rancangan yang akan keudara pada hari raya nanti.zaman tu cerita mmg sangat menarik dari sebelum raya hinggalah ke seminggu atau 2 minggu raya.hahaha tak jenuh aku tgk tv,sampai tghmlm pun tahan janji ada lagu raya dah cerita raya. wah bestnya zaman itu.zaman kegemilangan ku zaman kanak-kanak ke....masih segar dalam ingatan.

ini satu lagu yang aku selalu nantikan

nyanyian sifu M nasir.suatu hari di hari raya.

jom layan






nanti ada lagu lain lagi tau tunggu....

Selamat berpuasa

Assalamualaikum



No comments :

Post a Comment

Followers

Designed By Blogger Templates