21 July 2014

Al Qadr

Assalamualaikum

Apa khabar semua.hari ini hendak berkongsi dengan semua lagi berkenaan Al-Qadr:
Petikan dibawah merupakan salinan dari whatapps yang diterima dari seorang kawan awal pagi tadi.
Kita sama-sama amalkan ye.

[18:12, 19/07/2014] Jenan CHOP:

Ilmu MUTIARA

Wednesday, 4 April 2012

SURAH AL-QADR (5 ayat) – ‘KEMULIAAN’

DITURUNKAN DI MEKAH


Surah Al-Qadr adalah surah yang ke 97 di dalam Al Quran yang bererti kemuliaan. Ia diturunkan sesudah surah 'Abasa. Surah ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia dinamakan Al-Qadr kerana Allah SWT menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul-Qadr (malam kemuliaan dan kebesaran). Ibadat yang dikerjakan pada malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain.

POKOK-POKOK ISINYA:

Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan; para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan. Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahwa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam Lailatul Qadr itu.


Terjemahannya:

1.Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


3.Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


4.Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5.Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Fadilatnya:-

1. Mereka yang mengamalkan membacanya hingga menjadi wirid akan dipandang hebat dan mulia.

2. Mereka yang mengamalkan membacanya seberapa banyak, insyaAllah akan terhindar dari kefakiran.

3. Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah, bacalah 141 kali dan berdoa, insyaAllah akan terkabul. Suatu ketika Al-Faqih al-Imam al-Walily al-Kabir Ahmad Ibn Ujail didatangi seorang fakir. Disampaikannya kisah kefakirannya itu kepada al-Faqih, lalu beliau diperintahkan membaca sebanyak mungkin surah al-Qadr dan selesai membacanya, digalakkan berdoa yang membawa erti:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Rasulullah, keluarga, para sahabatnya sekalian. Ya Allah, wahai Dia yang memadai daripada sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seorang pun yang tidak memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya. Wahai yang Esa,tiada bandingannya, putuslah harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melahirkan kepada-Mu dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku (7 kali); kemudian pohonlah keperluan atau hajat kita.

4. Baca surah ini semasa keluar dari rumah, insyaAllah akan pulang dengan selamat. Baca ketika menaiki kenderaan, ia akan berada dalam keselamatan ketika di atasnya dan ketika turun daripadanya.

5. Mereka yang membaca surah ini 10 kali, maka akan terhapuslah 1000 dosanya.

6. Ambil tanah kubur dengan tangan sendiri lalu dibacakan Surah Al-Qadr 7 kali dan tanah itu diletakkan berserta jenazah ketika ditanam, maka jenazah tersebut tidak disiksa dalam kuburnya.

7. Khasiat Surah Al-Qadr yang sudah pernah diuji adalah: Keterangan Imam At-Tarmimi “Barangsiapa yang berwirid Surah Al Qadr, maka menjadi lembut hatinya, dan menjadi khusyuk terhadap Tuhannya, dengan jalan bertekun melakukan taat kepadaNYA.

8. Apabila bertepatan dengan turunnya hujan, baca 100 kali, lalu doa dengan suatu yang baik berkenaan urusan dunia mahupun akhirat, maka akan dikabulkan doanya dengan segera.

9. Mengaji surah Al-Qadr, nescaya dianugerahi Allah SWT pahala orang yang puasa Ramadan.

10.Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan surah ini dimudahkan baginya untuk menunaikan solat Tahajjud dan sentiasa mendapat kejayaan dalam setiap pekerjaan.

11.Barangsiapa membaca surah Al Qadr ketika sembahyang fardhu, nescaya datang kepadanya satu seruan sambil berkata: “Wahai sipolan, sesungguhnya Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa yang telah kamu lakukan dan sekarang binalah amalan engkau”.

12.Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca

[18:14, 19/07/2014] Jenan CHOP: Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Qadr 1 kali selepas berwuduk, Allah SWT memberi pahala untuknya seperti beribadah selama 50 tahun. Sekiranya ia membaca 2 kali, pahalanya ialah seperti pahala yang diberi kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s. Sekiranya ia membaca 3 kali, ganjarannya ialah dibuka semua pintu-pintu syurga dan boleh memilih pintu yang mana ia ingin masuk dengan tanpa dihisab dan diazab.

13.Barangsiapa membaca surah Al Qadr pada ubun-ubun anaknya atau isterinya sambil memegang dengan tangannya sekali, Allah SWT menjadikan anak dan isterinya melakukan perkara-perkara yang ia sukai.

14.Baca surah Al Fatihah, surah Al Ikhlas, Ayat Kursi dan surah AlQadr mengadap Kiblat, kemudian berdoa sambil memohon apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan dengan izin Allah SWT.

15.Barangsiapa membaca surah Al Qadr dan surah Al Ikhlas pada telinga kanak-kanak yang baru lahir, selama umurnya terhindar dari zina dengan izin Allah SWT.

16. Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) dan surah Al-Ikhlas (10 kali) pada air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka ia selalu berada dalam penghidupan yang lapang ketika masih dipakainya pakaian itu.

17. Sesiapa membaca surah al-Qadr (tiga kali) sehabis sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum berganjak lalu berdoa maka dibangun antara dia dan iblis sebuah benteng seperti benteng pembendung Yajuj dan Majuj. Demikian dalam ad-Durri an-Nazhim.

18. Barangsiapa membaca surah Al-Fatihah (tujuh kali), surah Muawwidzatain (tujuh kali), surah Al-Ikhlas (tujuh kali) ayat Kursi (tujuh kali) dan surah al-Qadr (tujuh kali) lalu mengadap kiblat dan memohon kepada Allah apa yang diperlukannya, maka Allah mengabulkan doanya, Insya-Allah.







Sekian

Selamat Beramal.

Assalamualaikum



No comments :

Post a Comment

Followers

Popular Posts

Designed By Blogger Templates