28 July 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya diucapkan kepada yang mengenali..teristimewa sekali buat rakan blogger.

Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

Buat saudara seagama kita di Gaza....Kami doakan moga kalian tabah,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Manusia terlalu zalim.Semoga kalian semua mendapat ganjaran syurga dari Allah SWT.Semoga kejayaan menanti kalian mempertahan kan bumi Palastin & Masjid Al aqsa.Moga ditetapkan Iman dan mengesakan Allah.Janji Allah itu pasti..

Amin


Read More

26 July 2014

Reflection 2 : Roti - Iklan Raya PAS Gombak 2014




Good vedio

Begini lah seharusnya masyarakat bertamadun....memangla salah adik tu mencuri. Memang dia sepatutnya dihukum atas kesalahan yang dibuat. TETAPI selidiki dahulu punca dan kenapa dia bertindak begitu.Jangan menilai dah menghukum secara membuta tuli kerana HUkuman tidak semestinya kekerasan.

dan JANGAN pula lupa Matlamat tidak menghalalkan cara.

Allah Maha Mengetahui dan Maha adil.

Sekian.

Selamat Hari Raya

Read More

25 July 2014

Reflection 1




This picture remind me of my children days
We are not rich...true
But we are rich with their love and not to forget HIS love...
Allah the great
I love both of my parents

Read More

Kembali Kepada Allah

Read More

Iklan Raya TV9 2014

Read More

24 July 2014

Iklan Raya TVAlhijrah 2014

Read More

Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan...

Assalamualaikum

Apa khabar semua....tinggal beberapa hari sahaja ramadhan, rasa hiba bertandang di dalam hati...bisakah kita menemui ramadhan yang mendatang,????

Jika ya.....

adakah kita seperti siapa kita di ramadhan yang kali nie atau lebih baik atau sebaliknya.
adakah sekeliling kita masih sama atau lain
adakah negara kita tercinta masih aman dan lebih berjaya
adakah iman kita masih sama atau lain

Jika tidak

Kenapa? bagaimana? apa usaha kita?

sayu ramadhan pergi....kegembiraan bersama ramadhan kekal dalam ingatan masih segar di layar kehidupan....

dalam kesayuan itu terdengar handphone berbunyi, bertempik minta di angkat...lalu mata terpahat pada satu Whatapps dari kumpulan sahabat bertajuk Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan.dikongsi disini bersama rakan blog dikasihi.....


Aku lihat RAMADHAN seperti kejauhan...

Lalu kusapa ia..."Hendak ke mana?" 
Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, JAUH & LAMA.

Ramadhan berbicara lagi, "Tolong sampaikan pesanku untuk semua orang MUKMIN:

"Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR untuk menemani hari-hari dukanya, dakap eratlah ISTIQOMAH saat ia kepenatan dalam perjalanan TAQWA, bersandarlah sekuat2nya pada TAWADHU saat kesombongan menyerang dari pelbagai hala, mintalah nasehat QUR'AN & SUNNAH di setiap masalah yang dihadapi...

Sampaikan juga salam & terima kasihku untuk para mukmin karena telah menyambutku dengan kesyukuran dan sukacita dapat mengumpul ganjaran berganda dan melepas kepergianku dengan pilu dan derai air mata... Semoga Allah menerima segala amalan kalian...
Kelak akan kutunggu dgn setia dan kusambut di SYURGA dari pintu AR RAYAN..."

Sahabat2 yg dicintai sekelian,
Selamat meraih pahala terbaik di detik-detik terakhir RAMADHAN... 

Masih ada beberapa hari lagi untuk bercengkerama dan berkhalwat dengan RAMADHAN...

Doaku buat semua yg dikasihi:
"Ya ALLAH, andai di hari ini ada diantara hamba2-Mu yang akan Engkau angkat darjatnya, akan Engkau ampuni dosa2nya, akan Engkau lapangkan rizkinya, akan Engkau muliakan keturunannya, akan Engkau indahkan akhlaknya, akan Engkau berkahi segala hartanya dan akan Engkau lepaskan dari semua kesulitannya terutama dari bakaran api neraka... 

Maka dengan izinMu yg Maha Pemurah, Maha Mengasihani dan Maha Mulia, jadikanlah daku dan seluruh ahli keluargaku dan juga sahabat2ku yg sdg membaca ini beserta keluarganya sebaik2 hambaMu yg memperolehinya...

Amin....




sekian

Assalamualaikum

moga kita berjumpa lagi ramadhan akan datang..
Read More

21 July 2014

Iklan Hari Raya NISSAN 2014

Read More

Iklan Raya Aidilfitri Astro 2014 Kosong Kosong - Lisa Surihani (Hari Ray...

Read More

Iklan Raya 2014 JKKN Sabah - Kuih Ibuku

Read More

Iklan Jakel Raya Bersama Aaron Aziz - 2014

Read More

Iklan Raya Aidilfitri TM 2014: ADIK

Read More

Iklan Raya RTM 2014 - Ini Baru Raya!

Read More

PETRONAS Raya 2014: Ke Pangkuan Bonda












Read More

Iklan Raya Aidilfitri Astro 2014 Kosong Kosong - Zizan Razak (Jiranku, M...

Read More

Israel Drops Cancer-inducing Bombs on Gazans - International Middle East Media Center

click at link below

Ya Allah help them and help us to help them....ameen

Israel Drops Cancer-inducing Bombs on Gazans - International Middle East Media Center
Read More

Al Qadr

Assalamualaikum

Apa khabar semua.hari ini hendak berkongsi dengan semua lagi berkenaan Al-Qadr:
Petikan dibawah merupakan salinan dari whatapps yang diterima dari seorang kawan awal pagi tadi.
Kita sama-sama amalkan ye.

[18:12, 19/07/2014] Jenan CHOP:

Ilmu MUTIARA

Wednesday, 4 April 2012

SURAH AL-QADR (5 ayat) – ‘KEMULIAAN’

DITURUNKAN DI MEKAH


Surah Al-Qadr adalah surah yang ke 97 di dalam Al Quran yang bererti kemuliaan. Ia diturunkan sesudah surah 'Abasa. Surah ini dinamai Al Qadr (kemuliaan), diambil dari perkataan Al Qadr yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ia dinamakan Al-Qadr kerana Allah SWT menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul-Qadr (malam kemuliaan dan kebesaran). Ibadat yang dikerjakan pada malam yang mulia itu lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain.

POKOK-POKOK ISINYA:

Al Quran dimulai diturunkan pada malam Lailatul Qadr, yang nilainya lebih dari seribu bulan; para malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam Lailatul Qadr untuk mengatur segala urusan. Pada surah Al Qadr ini diterangkan bahwa permulaan Al Quran diturunkan ialah pada malam lailatul Qadr dan diterangkan juga ketinggian malam Lailatul Qadr itu.


Terjemahannya:

1.Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


3.Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


4.Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

5.Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

Fadilatnya:-

1. Mereka yang mengamalkan membacanya hingga menjadi wirid akan dipandang hebat dan mulia.

2. Mereka yang mengamalkan membacanya seberapa banyak, insyaAllah akan terhindar dari kefakiran.

3. Untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah, bacalah 141 kali dan berdoa, insyaAllah akan terkabul. Suatu ketika Al-Faqih al-Imam al-Walily al-Kabir Ahmad Ibn Ujail didatangi seorang fakir. Disampaikannya kisah kefakirannya itu kepada al-Faqih, lalu beliau diperintahkan membaca sebanyak mungkin surah al-Qadr dan selesai membacanya, digalakkan berdoa yang membawa erti:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah rahmati dan selamatkanlah penghulu kami Rasulullah, keluarga, para sahabatnya sekalian. Ya Allah, wahai Dia yang memadai daripada sekalian makhluk-Nya, tetapi tiada seorang pun yang tidak memerlukan-Nya di kalangan semua makhluk-Nya. Wahai yang Esa,tiada bandingannya, putuslah harapan tanpa harapan daripada-Mu, hilang cita-cita melahirkan kepada-Mu dan amat sukar perjalanan kecuali menuju Engkau. Wahai penolong orang yang meminta tolong, tolonglah aku (7 kali); kemudian pohonlah keperluan atau hajat kita.

4. Baca surah ini semasa keluar dari rumah, insyaAllah akan pulang dengan selamat. Baca ketika menaiki kenderaan, ia akan berada dalam keselamatan ketika di atasnya dan ketika turun daripadanya.

5. Mereka yang membaca surah ini 10 kali, maka akan terhapuslah 1000 dosanya.

6. Ambil tanah kubur dengan tangan sendiri lalu dibacakan Surah Al-Qadr 7 kali dan tanah itu diletakkan berserta jenazah ketika ditanam, maka jenazah tersebut tidak disiksa dalam kuburnya.

7. Khasiat Surah Al-Qadr yang sudah pernah diuji adalah: Keterangan Imam At-Tarmimi “Barangsiapa yang berwirid Surah Al Qadr, maka menjadi lembut hatinya, dan menjadi khusyuk terhadap Tuhannya, dengan jalan bertekun melakukan taat kepadaNYA.

8. Apabila bertepatan dengan turunnya hujan, baca 100 kali, lalu doa dengan suatu yang baik berkenaan urusan dunia mahupun akhirat, maka akan dikabulkan doanya dengan segera.

9. Mengaji surah Al-Qadr, nescaya dianugerahi Allah SWT pahala orang yang puasa Ramadan.

10.Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan surah ini dimudahkan baginya untuk menunaikan solat Tahajjud dan sentiasa mendapat kejayaan dalam setiap pekerjaan.

11.Barangsiapa membaca surah Al Qadr ketika sembahyang fardhu, nescaya datang kepadanya satu seruan sambil berkata: “Wahai sipolan, sesungguhnya Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa yang telah kamu lakukan dan sekarang binalah amalan engkau”.

12.Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca

[18:14, 19/07/2014] Jenan CHOP: Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Qadr 1 kali selepas berwuduk, Allah SWT memberi pahala untuknya seperti beribadah selama 50 tahun. Sekiranya ia membaca 2 kali, pahalanya ialah seperti pahala yang diberi kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa a.s. Sekiranya ia membaca 3 kali, ganjarannya ialah dibuka semua pintu-pintu syurga dan boleh memilih pintu yang mana ia ingin masuk dengan tanpa dihisab dan diazab.

13.Barangsiapa membaca surah Al Qadr pada ubun-ubun anaknya atau isterinya sambil memegang dengan tangannya sekali, Allah SWT menjadikan anak dan isterinya melakukan perkara-perkara yang ia sukai.

14.Baca surah Al Fatihah, surah Al Ikhlas, Ayat Kursi dan surah AlQadr mengadap Kiblat, kemudian berdoa sambil memohon apa-apa yang dihajati, nescaya dimakbulkan dengan izin Allah SWT.

15.Barangsiapa membaca surah Al Qadr dan surah Al Ikhlas pada telinga kanak-kanak yang baru lahir, selama umurnya terhindar dari zina dengan izin Allah SWT.

16. Sesiapa membaca surah Al-Qadr (10 kali) dan surah Al-Ikhlas (10 kali) pada air lalu dipercikkan pada pakaian baru, maka ia selalu berada dalam penghidupan yang lapang ketika masih dipakainya pakaian itu.

17. Sesiapa membaca surah al-Qadr (tiga kali) sehabis sembahyang Maghrib dan Subuh sebelum berganjak lalu berdoa maka dibangun antara dia dan iblis sebuah benteng seperti benteng pembendung Yajuj dan Majuj. Demikian dalam ad-Durri an-Nazhim.

18. Barangsiapa membaca surah Al-Fatihah (tujuh kali), surah Muawwidzatain (tujuh kali), surah Al-Ikhlas (tujuh kali) ayat Kursi (tujuh kali) dan surah al-Qadr (tujuh kali) lalu mengadap kiblat dan memohon kepada Allah apa yang diperlukannya, maka Allah mengabulkan doanya, Insya-Allah.







Sekian

Selamat Beramal.

Assalamualaikum

Read More

19 July 2014

MALAM AL QADR..



Read More

MH17

Assalamualaikum 

Salam Jumaat penghulu segala hari.

Sekali lagi kita di uji,baru sahaja kita kehilangan flight MH370 malam tadi kita didatangi pula oleh kisah tragis MH17.salam takziah untuk semua keluarga mangsa.

Pagi tadi dalam perjalanan,sempat mendengar bual bicara pendek penyampai radio sinar,Krill bersama dengan Dato Dr Fadzillah Kamsah.Beliau setelah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa turut melahirkan rasa sedih,negara kita di uji dengan bermacam2 musibah,2 musibah yang agak serupa.ini merupakan ketentuan daripada Allah SWT,bukan kebetulan semata.Allah turunkan untuk kita semua,bukan hanya untuk keluarga mangsa...Kita kena yakin dengan Ketentuan Allah.Jika kita percaya ini sebagai kebetulan semata maka kita tidak jauh bezanya pada orang yang mensyirikkan Allah.

Beliau berkata lagi janganlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak.Berdoa dan percayalah setiap musibah yang Allah turunkan pasti ada hikmahnya.Mari kita kembali kepada Allah SWT.lebih2 lagi katanya kita sekarang berada dalam 10 terakhir ramadhan.Allah menjanjikan yang lebih baik untuk kita,kita wajib yakin pada Pencipta Kita.

Moga keluarga mangsa tenang dak kita doakan semoga mereka tabah.Allah itu maha kaya.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Wallahualam.

Al Fatihah





Sekian 

Assalamualaikum




Read More

18 July 2014

Selamat Hari Raya



GOT MINE AGAIN TODAY!!!

THOSE DAYS IS STILL FRESH IN MIND.

Read More

15 July 2014

Whisper Crunchy Crab Stick

Assalamualaikum

Apa khabar semua hari nie saya nak share satu resepi...first time makan maruku/jejari nie.sedap beb.mula-mula tu beli je.beli dua balang.

 https://www.spshops.com/rthafizah


balang macam dalam gambar diatas.akak tu jual sebalang RM 10.(tak sure akak tu buat sendiri atau ambik dari kilang,tak sempat nak tanya).nak order sekali lagi malu la pulak(hari tu tak nak borong byk2-hehe risau rasanya tak berkenan lak,membazir).apa yg tak berkenannya belum sampai 10 minute sebalang dah habis....licin,bersinar2 balang tu.heeee

kita pun google lah camner cara buat muruku nie.ada org namakan muruku ada yg panggil jejari pun ada gak org bagi nama orang puteh kat snak nie"crunchy" gitu hahaha,anyway kalu korang banyak duit dan sibuk memanjang korang boleh le beli kat link diatas or korang g je kedaikan mesti banyak punya pilihan nanti.

saya dah jumpa resepi nyer, ada pelbagai cara gak org membuatnya.tapi pada dasarnya ini lah bahan-bahan yang diperlukan:

resepi nie i share khas wat peminat blog I yg tak seberapa nie....

korang nak yg lagi canggih,korang google lah sendiri.hehe...jgn marah,bulan puasa tak baik marah.

Resepi "Whisper Crunchy Crab stick"

Bahan:

crab stick(jumlah ikut suka)
minyak masak

cara:
cuci bersih crab stick
potong crab stik nipis-nipis.lagi nipis lagi crunchy.
panaskan minyak untuk menggoreng di dalam kuali
bila minyak panas gorng crab stick tadi sehingga kekuningan dan garing
(deep fry ok-pandai2 la control api gorengan tu, nanti dari crunchy jadi rentung lak.ngee)
toskan dan biar sejuk sebelum dimasukkan kedalam balang(i punya tak sempat masuk balang pun dah selamat semuanya)


senang je kan, selamat mencuba & selamat menbeli

crab stick yang telah dicuci

crab stick yg dipotong halus
my lovely daughter yg potong.I...hehe snap pic nie la


telah siap di potong


whisper crunchy crab stick



Yummy


Assalamualaikum



Read More

14 July 2014

A very Short Introduction




Read More

15 Ramadhan- Lagu Raya

Assalamualaikum

15 hari telah kita berpuasa.semoga kita beroleh limpahan rahmat & kasih sayang dari Allah SWT. bila memcecah ke angka 15 hari ramadhan nie teringat ketika masih anak-anak kecil dahulu,sungguh indah kenangan waktu itu.perasaan seronok itu mengatasi segala-galanya.sekiranya di bolehkan untuk kita berpatah semula kebelakang ini adalah antara jalur masa yang ingin aku tempuhi semula.sewaktu 15 ramadhan nie akan mulalah membalas semua kad raya yang telah diterima.sibuk pergi ke kedai tambi syarif,sinly beli kad raya.belinya yang simple-simple je,kartun ,janji banyak.colourful gitu.tulis cantik-cantik untuk bagi dengan kawan n cikgu.yng ada muzik beli untuk ayahbonda,emak saudara dan nenek.wa sungguh menarik kenangan itu.siap bertanding lagi dengan adik beradik siapa yang dapat kad paling banyak.hehehe macam2.sekarang satu kad pun tak dapat hampeh....eh dapat juga kad elektronik hehehe.

selain berbalas kad,hari yang ke 15 ramadhan ini juga aku suka berada dihadapan tv nak tau pasal apa, pasal aku tunggu lagu raya berkumandang,best sangat.sungguh indah zaman itu.hai la zaman andai boleh aku bertamu sekali lagi.aku juga suka mencatat rancangan yang akan keudara pada hari raya nanti.zaman tu cerita mmg sangat menarik dari sebelum raya hinggalah ke seminggu atau 2 minggu raya.hahaha tak jenuh aku tgk tv,sampai tghmlm pun tahan janji ada lagu raya dah cerita raya. wah bestnya zaman itu.zaman kegemilangan ku zaman kanak-kanak ke....masih segar dalam ingatan.

ini satu lagu yang aku selalu nantikan

nyanyian sifu M nasir.suatu hari di hari raya.

jom layan






nanti ada lagu lain lagi tau tunggu....

Selamat berpuasa

Assalamualaikum

Read More

12 July 2014

Hafiz Indonesia

Menitis Airmata.....



Allah Maha Kuasa....
Read More

10 July 2014

4 Advices For All Sinners

Assalamualaikum

Lets us listen's to this advices....







Read More

09 July 2014

The Designer Of Ramadan

Assalamualaikum

harap semuanya sihat2 belaka.semoga kehidupan kita diberkati Allah senantiasa.

kita telah berada pada 10 hari pertama di bulan ramadhan,bulan barokah.Maha suci Allah.tahukan kita siapa "The Designer Of Ramadhan.".mari kita renung sejenak sedutan tazkirah pendek ini.moga kita lebih mengenali diri kita dan pencipta kita..






Sekian

Assalamualaikum
Read More

08 July 2014

When is Duaa most HEARD ?

Assalamualaikum.

DOA-semua kita tahu apa yang dimaksudkan dengan doa.Bagi yang beragama islam secara ringkasnya adalah kita memohon kepada Allah untuk kebaikan kita,keluarga,semua saudara seagama,dan seluruh manusia didunia ini tidak kira apa anutan mereka.tahukah kitabahawa bulan ramadhan adalah salah satu diantara banyak waktu doa itu mustajab.hmmmm mari kita soroti tazkirah 5 minute++ dari vedio dibawah ini:



MashaAllah may Allah give us strength to spend ramadhan in the best possible way.....we can.Ameen


Assalamualaikum

Read More

07 July 2014

Kuih Raya

Assalamualaikum

Kita dapat kek raya hari nie. Gumbiranya hati.



Anda ada ker....


Assalamualaikum.
Read More

06 July 2014

Raya Sale!!!!!

Assalamualaikum

Hujung minggu pertama dibulan Ramadhan, dah ada yg pergi shopping ke????, of course la ada.....waktu kita pergi ke mall tadi ( you name it,I guess everywhere in Malaysia is the same....kan) ramainyer org membeli belah....cuma tadi rasa kurang meriah sikit sebab apa yg kurang ye...o ye takse lagu raya sob..sob...sob.

takpe la, mungkin awal lagi kot....eh mana bolehkan,tak semangatla gitu. nanti kata mainkan lagu raya eik. tunggu dihujung entry nie....

tahun nie kita shopping ala kadar je. takla sakan,hihi...belajar untuk berjimat tau,nanti inflasi melambung setinggi gunung, kita gak yg susah tak betul....betul banggettt.

aha...tadi tak dpt lagi sampul la,selalu dapat sampul...ala,hihihi

sampai di sini sahaja lah...nak try baju raya sekali lagi,korang ader......





sekian

daku diperantauan

Assalamualaikum


Read More

04 July 2014

Juadah Beracun

Assalamualaikum 

Moga kita mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW.

hari ini merupakan jumaat yang pertama dalam bulan ramadhan kali ini, Jumaat penghulu segala hari.

Bagi antara kita yang ada terdengar atau terbaca tentang kisah 4 daripada 5 beradik yang keracunan makanan...pedih sungguh rasa hari bila melihat kesakitan yang ditanggung. bayangkan jika kita berada ditempat mereka.pilu rasa hati,hiba mengenangkan kesihatan yang terjejas....bagaimanalah hendaknya rasa kedua ibubapa kepada adik-adik nie.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.semoga mereka seisi keluarga tabah menghadapi dugaan ini.moga anak-anak kepada ibubapa ini kembali sembuh. rasanya itulah yang diharapkan oleh ibubapanya.moga kita semua juga sama-sama mendoakan akan mereka.








sekian

Assalamualaikum



Read More

Maksud Puasa

Assalamualaikum

Salam Ramadhan

Sedar atau tidak kita sudah 5 hari berpuasa.sekejap je masa berlalu meninggalkan kita.Moga ibadah puasa kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasanya kita tahu ke apa yang dinamakan puasa itu sebenarnya..mari kita tonton vedio nie moga ianya boleh membantu.









Sekian

Assalamualaikum.
Read More

01 July 2014

PEYAKIN

Assalamualaikum

Bagi yang mengikuti blog ini dari awal kemunculannya mungkin anda ingat lagi dengan PEYAKIN .
Sempena dengan bulan yang mulia nie ada banyak perkara yang kita boleh lakukan.Bagi yang berada di selangor atau lebih dekat lagi di Klang, Selangor mungkin boleh sama-sama menyumbang..

di bawah saya sertakan maklumat bagi siapa yang berminat.(kiriman msg dari seorang kawan)

Salam. Ikhwani fillah,
Dengan rendah hati dan segala hormatnya, InsyaAllah, kami, al faqirain, Erwan Taib dan Hj Zafri Nazaruddin, bagi pihak Madrasah Mahabbah, ASIQs dan PEYAKIN, ingin menjemput kalian untuk menyertai program:
ZIARAH MAHABBAH RAMADHAN (Anak Yatim)
*Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut

Tujuan utama program ini, InsyaAllah, adalah untuk mendekatkan diri kami sendiri, keluarga dan sahabat-sahabat dengan Allah SWT dan Baginda Nabi,  Rasulullah SAW, melalui satu sunnah Baginda SAW yang besar, iaitu mendekatkan diri dengan anak-anak yatim dan miskin, InsyaAllah.
Berikut adalah antara perkara yang diperlukan oleh mereka:

SENARAI KEPERLUAN
A. Barang-Barang Dapur
Beras, Milo, Susu Pekat, Minyak Masak, Buah-buahan

B. Peralatan Dapur
Rice Cooker Besar, Freezer, Chiller, Refridgerator

C. Peralatan Bilik Tidur
Bantal, sarung tilam, sarung bantal

D. Peralatan Sekolah
Pen/Pensil, Buku, Beg Sekolah

E. Peralatan Pejabat
Mesin Fax

F. Peralatan Kebersihan
Penyapu, mop, baldi,Klorox  dan brg2 keperluan mencuci lain

G. Lain-Lain
Tikar Gulung (anyam plastik)

Segala bentuk sumbangan adalah dialu-alukan, InsyaAllah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Erwan - 012 916 2597
Hj Zafri - 011 3766 3796
Shamsul - 012 234 6128
Ramadhan Kareem!
Wallahu a'lam
Wassalam
Barakallahu fikum
Hj Zafri




Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan boleh la menghubungi sendiri pengurus PEYAKIN atau datang sendiri ke PEYAKIN klang. Alamat premis ada pada laman web yang diberi diatas.


Sekian Terima Kasih.

Assalamualaikum.
Read More

2 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum Semua

Syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih diberi kelapangan untuk menjalankan ibadah puasa pada hari yang ke-2 ini.
Semoga hari mendatang adalah lebih baik buat kita semua.

Semalam semasa waktu santai bersama keluarga, satu whatapp masuk.rasa terpanggil untuk berkongsi akan isi whatapps tersebut disini. Moga ia mendatangkan maanfaat buat kita semua.

dibawah adalah isi kandungan whatapps tersebut.


Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam B ahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…


mungkin ada diantara kita yang pernah mendengar doa seperti ini...apa-apapun moga kita tergolong dari kalangan mereka yang sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT.



Sekian

Assalamualaikum
Read More

Followers

Designed By Blogger Templates