19 October 2013

Gurindam Jiwa




Gurindam Jiwa oleh Nordin Ahmad

tuai padi antara masak
esok jangan layu- layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu- rinduan

anak cina pasang lukah
lukah dipasang di tanjung jati
di dalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut disimpul mati

batang selasih permainan budak
daun selahih simakan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati dihujung kuku
hendak berkubur ditapak tangan

kalau tuan mudik kehulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya dipintu syurga......


No comments :

Post a Comment

Followers

Popular Posts

Designed By Blogger Templates