07 October 2013

Denggi / Dengue - Info


Assalamualaikum

Dengue Fever atau demam denggi....ape tu? hehe,mesti semua tahu atau biasa dengar tentang demam dangue nie kan.

Selalunya bila kita diberi notis makluman atau melihat ada dua atau lebih orang datang dengan topeng asap memikul mesin dibelakangnya dan sekitar kawasan rumah asap berkepul-kepul dengan bunyi mesin yg bising...mesti kita sudah boleh agak ada sesuatu kejadian telah berlaku....

atau kita mendengar dan menonton iklan seperti ini di TV kita atau info kesihatan di premis-premis berhampiran kita.tak kisah la TV tu besar/ kecil atau dari keturunan mana TV tu.sony, samsung, panasonic & yang sewaktunya semua akan memberi maklumat yang sama untuk kepentingan kita bersama.


LINK sini
cuba lihat info kesihatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)nie.Ayuh laksanakan tanggungjawab kita dengan terbaik.Jadila masyarakat yang bertanggungjawab.

jangan biarkan dia kenyang seperti ini


Apa itu demam denggi/ dengue ???


Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

dari bahagian pendidikan kesihatan KKM
dari jabatan kesihatan majlis bandaran Batu Pahat

dari KKM

dari cawangan penyakit kawalan vektor KKM

Bagaimana kitaran hidup Nyamuk Aedes:


dari KKM

Tanda-tanda demam denggi:

  1. demam
  2. sakit kepala
  3. sakit dibelakang bebola mata
  4. sakit sendi & otot
  5. bintik merah pada badan
  6. muntah & hilang selera makan
  7. pendarahan pada badan ,hidung & gusi (juga boleh berlaku)

Jika tanda-tanda ini ada pada anda sila berjumpa dengan doktor di klinik berhampiran dengan anda.

Sekiranya telah berjumpa dengan mana-mana doctor maka ikutilah plan pemantauan dan rawatan yang disyorkan mengikut tahap kesihatan anda. Ini kerana ianya mungkin berbeza bagi setiap individu. kerjasama anda bersama doctor yang merawat adalah penting.

Jika anda hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar, jangan risau. anda hanya perlu patuh pada jadual pengambilan ubatan dan segera kembali semula berjumpa doctor kembali seperti yang dinasihatkan.




Harap kita sama-sama boleh menghapuskan Denggi.

Sekian saja

Selamat membaca

Assalamualaikum


No comments :

Post a Comment

Followers

Designed By Blogger Templates