30 September 2013

Selesai atau bermula

Assalamualaikum

Apa khabar semua? setelah sekian lama hari ini baru I mampu untuk menukilkan sesuatu disini.

Alhamdulillah....segalanya telah selesai. Syukur ke hadrat Allah kerana telah memudahkan segalanya.

Selesaike? Apa yang selesai?...tugasan kerja semusim nie la yang dah selesai.sebenarnya bukanla boleh dibanggakan sangat. sepenuhnya tak selesai lagi.cuma peringkat ini yang telah siap menunggu untuk di uruskan di peringkat yang seterusnya....hehe itu yang munculnya entry hari nie " selesai atau bermula".

banyak lagi proses yang akan dilalui sebelum ianya selesai sepenuhnya..Tolong doakan ye.fening nie?

okay berbalik pada tajuk entry nie " selesai atau bermula"...gimanatu ye? cuba korang imbau semula setiap yang kita anggap telah selesai tu? betul ke iyanya telah selesai atau belum.

sebagai contoh seorang cikgu.setiap hari ada rancangan pengajaran nya( Learning objective)...beliau akan memastikan apa yang telah di rancang untuk pengajaran pada hari tersebut dilaksanakan dan para pelajar memahami setiap butir pengajaran itu (Learning outcome)...so adakah rancangan pengajaran & pembelajaran itu selesai? atau ada part 1, part 2, part 3....year 1, year 2 year 3....tahap rendah,tahap atas....sekolah rendah,menengah....sijil dan seangkatan, diploma dan berkaitan, ijazah dan lanjutan...master , Phd selesaikah? atau baru bermula?

banyak lagi contoh yang lain cuba korang senaraikan. dan fikir-fikirkan lah ye

"selesai atau bermula"

sampai ketemu lagi


Assalamualaikum

Selamat berfikir


Read More

16 September 2013

OuR BreCkfast 16 sept 2013

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia semua.

Dah sarapan ke belum...?

Presenting to you our breakfast for today



keropok lecor dari terengganu nie tau....

karipap ayam yang sedap

Itu cicah sos cili special homemade

and

cer.... teka, macam biasa la

KOPI segar dari ladang.






ok korang semua....

Selamat menjamu selera...








Assalamualaikum


Happy Holiday

Read More

14 September 2013

Happy Extended Holiday

Assalamualaikum

haa...sekali lagi bolg nie senyap ye.

Korang buat apa tu ?

Besar beg tu? Poie maner?

Bercuti ye?

Elokla tu korang, pergila bercuti, tenangkan fikiran korang yg I tgk berserabut sangat tu.hehe...

Tapi kalu korang tak dopek cuti kali nie takpe la....takkan setiap hari kelepasan korang je yang nak bercuti.Tengok I nie....relex je.

Memang la I suka pergi bercuti.tapi I bukan pentingkan diri....pada I yg penting still value for my money.hahaha...


I nak bercuti yang bermakna , Grand gitu and ada value....kih kih kih.

I sebenarnya boring,ok lah tak tau apa lagi nak tulis....sebab tak sabar nak pergi bercuti. hehehe






Assalamualaikum

Happy Holiday
Read More

08 September 2013

Kari kEPAla IkAn SG

Assalamualaikum

tengah buat ape tu, hujung minggu nie korang buat ape? Ape???? takde buat ape? ---boring nye manusia macam u all nie.

Tido sampai ke petang?????  mak ai dahsyat nye korang. bawak2 la mengucap korang...agak2 la kalu nak tido pun? ke koramg nie jenis kutu malam.jangan la korang bagus2 jadi manusia buat apa nak jadi kutu.kih kih kih.....

I hujung minggu nie tak kemana..duk rumah je,bukan malas nak kemana2 cuma letih kerja seminggu dah...dapat cuti duduk la kat rumah...join kenduri kawin & rumah terbuka yang last2 minute nie...kenyang gak perut...

cakap pasal kenyang nie I nak share dengan korang satu tempat makan yang best. sure korang nak pergi punyalah.tak caye,Jom I story.

Ini la tempat nye.

FAMOUS CURRY FISH HEAD SINCE 1988!

Restoran Kari Kepala Ikan SG 



gambar bumbung da
Ala korang jangan la sedih SG tu stands for SRI GOMBAk bukan singapura...okey,Apeeeela korang nie belum apa2 dah nak melatah.

This is the first time I makan kat sini...nak dijadikan cerita habis je urusan kerja. My BF & I pun terasa lapar....so kitaorang pun menapak la ke kedai nie...alamak cam ner nie takde parking la....ala takpe park je kat mana2, dah lapar gilo nie.dalam usaha nak mencari tempat untuk memakirkan kereta I ternampak lak minah parking tengah menyaman satu kereta...kih kih kih, nasib baik terperasan kat minah tu...cun tau minah tu,itu yg buat I terpandang kat dia....we all pun pusing la satu round lagi. memang rezeki I la kot nak makan kat situ terpangang lak nie.

pakir kosong!!!!1

ha dah ada tempat yang kosong, betul2 kat depan kedai tu.korang nampak tak dia tulis apa kat situ,SEWA....hatipun berbunga takyah bayar parking...parking free,,eh eh eh takyah nak gumbira sangat, makan kena bayar okei..nak free je korang nie.

I tolak tolak je pintu kedai tu,Ala biase je la kedai nie,nampak sempit je tak byk meja pun...menapak lagi ke dalam,mak ai banyaknye meja..up stairs pun ada.besar2, cukup besar makan tengahari.

ke tingkat atas
tapikan I macam nak blah jugak bila tengok makanan yang dah terhidang nie...in my mind mesti dah sejuk nie,tak sedapla cam nie?

antara menu dia.


sebelum mengambil tempat duduk,pelayan dia ambik la kitaorang nyer order. selepas tu dia pun mempersilakan kitaorang duduk.dan pesanan minuman pun diambil.lepas tu my BF bangun balik,dia suruh I tunggu sekejap...I said ok la...bila dia mai balik ada I cream ditangan,nak ais cream....mau taknak dah la cuaca panas terik kat luar tu.

I:berapa RM ais cream nie?

BF: free...(dengan muka tersengih2)

I: ingat boleh percaya ke..ye ke free,ciput je nie?

BF: iye,tengok kat depan

korang nak tau, betul la....korang lihat & baca

ice cream

hehe,jadila sementara tunggu pesanan sampai.
bagi korang yg gemarkan rojak, kat sini pun ada tau...
Rojak Buah

ini senarai menunya


senarai menu

sekali lagi I ingatkan...logo tu -halal
Nak tau I makan apa,Jom layan....

udang salad

sayur kailan

kari kepala ikan...jgn tanya mana kepala nya.

sotong goreng tepung

otak-otak

mestila ada nasi
tidak berapa lama selepas itu.....ini la akhirnya.LiciN.

Alhamdulillah.

setelah semuanya selesai, we all pun pergi ke kaunter pembayaran.

sorry for the poor quality picture

cik adik manis tu pun hulurkanla surat cinta nie.

surat cinta dari restoran macam nie la ye....ayat direct je.tak de bunga.
ok lah nanti korang free datang la ke sini...ye. makanan dia rasanya kena dengan tempat.cukup rasa la dalam bahasa mudahnya.kalu korang mai jangan lupa kat I ok..I will always be free....kikiki

Restoran kari kepala ikan SG




sekian

Assalamualaikum

Happy eating




Read More

07 September 2013

06 September 2013

Before Syawal ends.

Assalamualaikum

Hari nie masih lagi di bulan syawal lagi kan.

So I nak u all tengok both picture nie.

First,

pattern tradisional

then....

yang ini

pattern moden ( yg i baru jumpa tahun nie la)

Apa perasaan korang bila tengok both of the picture kat atas nie?

Yang mana satu pelik?

Yang mana satu bila korang tengok terkenang masa korang sibuk kutip duit raya dulu?

yang mana satu buat korang rasa nak tambah cuti raya?

Yang mana satu buat korang nak buat rumah terbuka "grand" berbanding orang lain?

Yang mana satu buat korang menoleh dua kali bila terlihat sampul nie?

Yang mana satu buat korang tersenyum?

Yang mana satu buat korang terus istghfar bila tengok?

Yang mana satu buat korang geleng kepala ?


dan yang paling important sekali

Yang mana satu bila korang lihat membuatkan korang termenung memikirkan masa depan anak bangsa dan agama korang satu masa nanti?

Korang ada terfikir tak? ATAU korang malas nak ambik tau...." ada aku kisah"

jangan korang bukan nak jaga tepi kain orang tapi fikir-fikirkan lah....selamat beramal(promo sket)...hehehe....





Assalamualaikum


Happy reading

Read More

05 September 2013

The Lappy

Assalamualaikum

I sebenarnya tengah di dalam dilema. tengah didalam pencarian.mencari sesuatu yang boleh menjadi teman setia dan berjasa.ada terdapat banyak sangat brand kat pasaran so I tak tau nak pilih yang mana satu.I nie tak suka membeli sesuatu benda yang I tak tahu tahap kebolehannya.I selalu cakap,I want value for my money, kalu tak diperlukan buat apa nak mambazir ok...membazir tu amalan syaitan.hehe...

yang sebenar-benarnya tengah benggang dengan orang yang buat kerja tak betul/ tak sempurna sehingga menyebabkan my old lappy tidak boleh berkhidmat seperti biasa.I dah berputus harapan dah.hancur berderai seperti kaca jatuh ke lantai marble...apa kes??

tulun la I nie? ada suggestion tak? untuk I yang acctually takde idea utk benda2 macam nie....

tanya kat sales promoter? bukan taknak tanya....TAPI biasalah dah nama promoter mmg la dia akan promote gila gila barangan jualan dia tapi berbaloi ke untuk kegunaan very important person yang berjaya macam I nie( puji diri sikit...kata-kata yang baik kan satu daripada doa,ameennn...)

tanya my BF? mmg ada bertanya tapi dia kata tak tau sangat ...katanya janji bole email,surf internat kira ok latu....cishhhh mana boleh macam tu kan.I want value, bukan setakat janji bole pakai.keh keh keh...saje je.

tanya my future generation...lagi tak bole,diaorang cakap janji bole tgk upin,boboboy & cerita cartoon. fulawehhh...

oh my gucci...cam ner nie wei...fening deh.

Korang kalu ada suggestion tu bagitau la ke...untuk pedoman I nie ye??? mengharap sangat.....

wish my dream come true...hehehe...

(mode:still hoping my lappy recover,so takyah fening2.)


Assalamualaikum

Hopping for help.




Read More

03 September 2013

Harga petrol naik lagi

Assalamualaikum

ini antara perbualan malam tadi....

BF: Harga minyak naik lagi....(nada sedih)

I: o ye ke....naik lagi? bila nak naik? naik berapa banyak?....

BF: start esok naik la harga minyak, naik 20 sen tu....banyak tu,ron 95 & diesel.Both naik.

I: so dua2 naik. jadi harga baru rm 2 la...( betul la kan)....tak sure sangat sebab I guna Ron 97....hehehe

BF: mesti banyak orang beratur beli minyak malam nie kat petrol station.... tak nak la beratur...beratur pun bukan boleh simpan tank penuh sampai setahun..

I: hahahaha....satu hari pun belum tentu tahan......

Isu: pelikkan kenapa setiap kali harga pertol naik mesti pakat2 berbaris kat petrol station beli petrol.cuba korang fikir berbaloi ke? dahla korang buang masa berbaris lama tunggu giliran.berapa liter je korang boleh stokkan minyak tu? I rasa kalu tak esok atau lusa mesti korang dah kena gak beli pertol dgn harga baru tu.SO apa faedahnya korang buang masa berbaris kat pelrol pump tu? I pelik sangat dan hairan kenapa senario nie acap kali berlaku sehari atau pada malam sebelum harga petrol naik esoknya. Korang tak pelik ke? cuba korang fikir betul betul? apa yang lebih penting nak jimat 20 sen atau gunakan masa korang yang I rasa lebih tinggi nilai tu dengan orang yang korang sayang.I malam tadi pergi makan tosei kat kedai mamak selepas balik dari tempat kerja.I rasa itu lebih menguntungkan...sambil tu bole la chit chat pasal apa yang dah berlaku hari nie dan cuba cari jalan untuk penambahbaikan untuk masa akan datang. bukanka itu lebih menguntungkan.

Hehe renung renungkan lah ya.memang membeli bila harga murah itu satu langkah yang bijak tapi kenala lebih bijak memilih satu2 tindakan supaya impak bijak tu lebih umph...masa yang berlalu takkan mampu kita undur kembali...harga petrol yang naik masih ada posibility untuk turun semula...tidak sekarang tapi suatu hari nanti.jadila rakyat yang bijak ok.


 


Assalamualaikum 

Happy reading.



Read More

Followers

Popular Posts

Designed By Blogger Templates